Kemahiran
Mendengar
·
Kemahiran
mendengar- Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat
penerimaan (receptive level).
·
Seseorang
murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik
maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya
menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut.
·
Dalam buku
‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin
menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difahami
dan dingat.
Kemahiran
Bertutur
·
Kemahiran
bertutur iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
manusia.
·
Merupakan
kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku pada peringkat productive
level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan
diajuk.
·
Dalam
kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan, oleh itu guru mestilah
dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul
dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
·
Menjadi
tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang
dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama
tetapi dalam konteks yang berlainan.
Kemahiran
Lisan - Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·
Kemahiran
lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum
menguasai kemahiran yang lain.
·
Lisan
ialah percakapan atau pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui
suara atau sebutan.
·
Kemahiran
lisan bukan sahaja penting dalam pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam
berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment