TAJUK 3 : APLIKASI GARIS
PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
ETIKA KOMPUTER
·
Etika komputer umumnya
merupakan satu bidang mengenai penggunaan komputer yan betul (panduan).
· Hak
peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat,
harta intelek dan capaian adalah antara isu / dilema yang membabitkan etika
penggunaan komputer dalam era maklumat.
MASALAH MORAL DAN ETIKA
·
Terdapat beberapa
masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
i. Penggertak
ii. Penyalahgunaan internet
iii. Virus
iv. Hak cipta
v. Perisian cetak rompak
i. Penggertak:
· Cracker ialah golongan
yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan
tujuan utama membuat keuntungan.
· Cracker
tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi
menggunakan perisian
yang dibangunkan oleh orang lain untuk tujuan kemusnahan.
ii. Penyalahgunaan
internet
· Konsep
‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara
kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet
terutamanya di kalangan remaja.
iii. Virus:
·
Penyebaran
virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan
rangkaian komputer.
iv. Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang
perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hak
cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
v. Perisian cetak rompak
·
Maklumat yang diperolehi
yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk
dibuat cetakan secara
tulisan dan audio visual.
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
·
Keseimbangan
·
Keizinan termaklum
·
Keadilan
·
Meminimumkan
risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA
KOMPUTER
1. Tidak
menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak
mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak
menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak
menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak
menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin
perisian yang tidak dibeli secara sah
7.
Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual
orang lain untuk diri sendiri.
9.
Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10.
Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
CARA MEMBUAT BROSUR
MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.
2.
Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti
berikut,
kemudian pilih BROCHURE.
kemudian pilih BROCHURE.
3.
Langkah seterusnya pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian
brosur).
Contoh design yang dipilih ialah Bubble.
Contoh design yang dipilih ialah Bubble.
4.
Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu
letakkan
pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat.
pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat.
5.
Setelah itu, masukkan butiran yang diperlukan.
6. Proses
seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan
untuk
menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.
menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.
Contoh Brosur (ETIKA PENGGUNAAN INTERNET)
No comments:
Post a Comment