Thursday, January 23, 2014

Tugasan
Kemahiran Mendengar
·                     Kemahiran mendengar- Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).
·                     Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut.
·                     Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan dingat.

Kemahiran Bertutur
·                     Kemahiran bertutur iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia. 
·                     Merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk. 
·                     Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai. 
·                      Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

Kemahiran Lisan - Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·                     Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum menguasai kemahiran yang lain. 
·                      Lisan ialah percakapan atau pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.  
·                     Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.


Tajuk 5 : Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·         Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.






Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Sebelum membina laman web tapak pembelajaran, pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
·         Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
·         Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,


BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
Ketebalan
Italic
Bergaris
Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
4
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
5
Pautan hyperteks
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
6
Format gambar
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
·   Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
·   Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
7
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
8
Animasi
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.


Wednesday, January 22, 2014

TAJUK 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses PdP terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
·                     Bahan sastera
·                     Bahan tatabahasa
·                     Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
·                     Syair
·                     Pantun
·                     Seloka
·                     Gurindam
·                     Puisi
·                     Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan adalah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik

Pemilihan bahan sastera perlu mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:


Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa.

Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web  http://tatabahasabm.tripod.com/tataDalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya.

Jenis-jenis tatabahasa
·                      Kata nama
·                      Kata Hubung
·                      Kata kerja
·                      Kata sendi nama
·                      Kata nama khas

Bahan bidang ilmu lain
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:

 


TAJUK 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

ETIKA KOMPUTER


  ·         Etika komputer umumnya merupakan satu bidang mengenai penggunaan komputer yan betul (panduan).
·       Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu / dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

MASALAH MORAL DAN ETIKA

·         Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
      i.      Penggertak
     ii.      Penyalahgunaan internet
    iii.      Virus
   iv.       Hak cipta
    v.       Perisian cetak rompak

i. Penggertak:
·         Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·     Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan oleh orang lain untuk tujuan kemusnahan.

ii. Penyalahgunaan internet
·      Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

iii. Virus:
·         Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

iv. Hak cipta terpelihara
·     Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

v. Perisian cetak rompak
·         Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk 
dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
·          Keseimbangan
·          Keizinan termaklum
·          Keadilan
·          Meminimumkan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

1.    Bukakan Microsoft Publisher 2007.

2. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut,
    kemudian pilih BROCHURE.

3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur).
    Contoh design yang dipilih ialah Bubble.

4. Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan
    pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat.

5. Setelah itu, masukkan butiran yang diperlukan.

6.  Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan untuk
     menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.

Contoh Brosur (ETIKA PENGGUNAAN INTERNET)












Wednesday, January 15, 2014


MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
·                     Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
·                     Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
Apa itu ‘Enjin Pencari’?
·                     Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
·           ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
·                   Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
Tujuan dan Jenis Enjin Pencari
§  Tujuan (konteks pendidikan)
              i.        Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
             ii.        Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

§  Jenis ‘enjin pencari’
              i.        www.google.com
             ii.         www.yahoo.com
            iii.        www.teoma.com

Ø  Di manakah enjin pencari dapat dilihat:
Contoh 1:



Contoh 2:


Cara Mengkategorikan Maklumat


1.    Video
2.    Gambar
3.    Ruangan
4.    Lagu
5.    Multi
6.    Permainan
7.    Perniagaan



Cara mendapat maklumat di internet
1.     Mengenalpasti tajuk.
2.     Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
3.     Memilih enjin pencarian yang tepat.
4.     Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
5.     Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.