Kemahiran
Berbahasa (Kemahiran Mendengar dan Bertutur)
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang
didengar dan ditutur oleh seseorang dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada
perbualan harian atau situasi formal. Aktiviti hasil pembelajaran bagi
kemahiran mendengar dan bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan
maklumat dan berbincang.
Contoh hasil pembelajaran kemahiran ini dan cadangan
aktiviti ialah:
Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal
·
Berbual tentang sesuatu perkara
berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,
intonasi dan nada yang sesuai
·
Bertanya dan menjawab tentang
sesuatu perkara secara bertatasusila
·
Memberikan dan memahami arahan serta
pesanan tentang sesuatu perkara
·
Menyatakan permintaan secara
berterus terang dan menyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur
paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan
·
Memberikan penjelasan tentang
sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan
dan ayat yang sesuai
·
Menyatakan sesuatu kemahuan
semasa menjalankan transaksi untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
Cadangan Aktiviti
·
Berbual tentang isu semasa. Contoh
situasi: ponteng sekolah
·
Membezakan ayat tanya tanpa kata
tanya dengan ayat penyata dalam petikan dialog
·
Simulasi memberikan arahan kepada
rakan cara mendapatkan barangan atau perkhidmatan
·
Meniru aksi lakonan
·
Menonton sedutan lakonan dan
menyatakan maksud ungkapan berdasarkan intonasi penutur dalam lakonan
tersebut
·
Lakonan seorang jurujual membuat
promosi tentang sesuatu barang atau perkhidmatan Contoh: Mempromosikan barangan
dari aspek harga, model dan keistimewaan
Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca atau dialami
·
Bercerita dengan menggunakan kata,
frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas
·
Melaporkan sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat
Cadangan Aktiviti
·
Bercerita tentang rancangan
televisyen atau filem yang diminati dan menjelaskan sebab meminati rancangan
tersebut
·
Menyelesaikan masalah berdasarkan
situasi yang diberi. Contoh situasi: Mencari laluan keluar setelah sesat semasa
aktiviti kembara.Melaporkan tindakan susulan mengatasi masalah tersebut semasa
beraktiviti
Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan
yang mudah, betul, menarik, dan berkesan
·
Menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang
tepat, dan laras bahasa yang sesuai
·
Menghuraikan maklumat dengan alasan
yang menyakinkan
·
Menyampaikan maklumat kepada pihak
lain dalam aktiviti terancang
Cadangan Aktiviti
·
Mengelaskan produk mengikut jenis
berdasarkan label. Contoh: Makanan kesihatan, kosmetik dan sebagainya
·
Menyatakan maklumat sesuatu produk
mengikut kategori berdasarkan label
·
Melihat gambar satu situasi yang
diberi dan memikirkan kesan daripada situasi tersebut Contoh: Gambar beberapa
orang penagih dadah yang terbaring di sebuah rumah using
·
Membincangkan kesan penagihan dadah
terhadap diri, ibu bapa, keluarga dan masyarakat
·
Simulasi mesyuarat membentangkan
satu cadangan.
Contoh: Mencadangkan mengadakan
lawatan ke Pusat Sains. Murid diminta memberi pendapat untuk menyokong atau
menolak cadangan tersebut dengan memberikan alasan menggunakan bahasa yang
bersantun
Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara
bertatasusila
·
Mengemukakan idea, pandangan,
dan,pendapat, tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun
·
Mengemukakan komen yang sesuai
berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak
lain
·
Mengemukakan hujah untuk menyokong
atau menentang pendirian dengan memberikan alas an yang sesuai secaraa sopan
·
Menyatakan pilihan untuk menerima
atau menolak pendapat dalam perundingan untuk mencapai kata sepakat
Cadangan Aktiviti
·
Berbincang tentang sesuatu topik
seperti kelas tambahan perlu untuk murid darjah enam
·
Mendengar dengan teliti idea yang
disampaikan oleh ahli kumpulan
·
Memberikan respons terhadap idea
yang disampaikan secara bertatasusila
·
Membahaskan sesuatu isu yang sesuai.
Contoh: Kelas bimbingan membantu murid dalam pembelajaran
·
Perbincangan cara untuk menceriakan
kelas dengan member ikan contoh untuk menyokong atau menentang cadangan itu
·
Simulasi memujuk rakan menyertai
sesuatu program sekolah. Contoh program: Lawatan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan
Putrajaya
KEMAHIRAN MENDENGAR merupakan satu proses yang melibatkan
dua kemahiran iaitu menerima dan membezakan
bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama, cth:
b – p (badang – padang)
b – p (badang – padang)
d – t (datang – tatang)
l – r (lali – lari)
k – g (kalah – galah)
Untuk memahami bunyi bahasa, murid perlu mempunyai
unsur-unsur kefahaman berikut:
·
Pengetahuan yang sedia ada pada
pendengar seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar dan bagaimana bahasa
digunakan
·
Pengetahuan tentang situasi
berlakunya pertuturan yang didengar
·
Pengetahuan tentang sistem bahasa
Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Pendengar
mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Pendengar juga memilih
dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar
adalah satu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
Mendengar melibatkan dua proses utama, iaitu:
·
Membuat jangkaan
Apabila kita mendengar sesuatu, kita akan membuat jangkaan
dalam fikiran terhadap apa yang kita dengar seterusnya. Contoh: apabila kita
mendengar berita kebakaran, kita akan membuat jangkaan tentang kemungkinan
peristiwa yang akan berlaku berkaitan dengan kebakaran. Apabila jangkaan
seperti ini dibuat, kita dapat mendengar dengan lebih berkesan lagi.
·
Menentukan tujuan
Murid perlu menentukan tujuan ia mendengar, sama ada untuk
hiburan, pengetahuan atau maklumat. Mendengar tanpa tujuan adalah tidak
berguna.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar
·
Fizikal
Murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi
peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam
pendengarannya dan ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong
dalam cacat pendengaran.
·
Jantina
Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak
lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur
antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan
kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.
·
Status sosioekonomi
Latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi
antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak.
Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap apa yang didengar.
·
Gangguan bunyi
Bunyi bising boleh mempengaruhi kebolehan mendengar.
·
Mental
Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran
kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental
untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi
kecekapan mendengar mereka.
Kemahiran mendengar dalam KBSR
Program Bahasa Melayu KBSR memberi penekanan kepada
kemahiran asas berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Setiap kemahiran ini diajar secara gabung jalin. Penggunaan satu-satu kemahiran
ini akan mempengaruhi penguasaan kemahiran yang lain.
Dalam mempelajari bahasa akan wujud perbualan; dan perbualan
memerlukan kesepaduan antara kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur.
Begitu juga, kemahiran mendengar boleh membantu murid menguasai kemahiran
menulis. Kemahiran mendengar yang kurang baik menyebabkan seseorang murid itu
tidak dapat membezakan bunyi-bunyi bahasa yang didengarnya. Oleh itu, ia
mungkin menulis menurut apa yang didengarnya, yang berbeza daripada ujaran
sebenar. Kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran membaca. Dengan itu
pengukuhan kemahiran mendengar juga membantu murid menguasai kemahiran membaca
dengan baik.
Masalah dalam menguasai kemahiran mendengar
·
Kekeliruan dalam membezakan bunyi
·
Kelemahan dalam memahami apa yang
didengar
·
Tidak cekap dalam memproses maklumat
·
Kelajuan dalam pertuturan
·
Gaya pertuturan – tekanan, intonasi,
nada, jeda, kepanjangan dan dialek
Pemilihan bahan dalam kemahiran mendengar
·
Alat elektronik
Radio, televisyen, video, karaoke, pita rakaman boleh
membantu kerana bahagian-bahagian tertentu boleh diulang tanpa perubahan suara,
intonasi dan sebagainya.
·
Bahan rangsangan
Bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
mendengar, contohnya:
§ Bahan bentuk prosa
Cerita, perbahasan, Berita, drama
§ Bahan bentuk puisi
Pantun, syair, Sajak
§ Bahan bentuk grafik
Pelan, rajah, peta
Bahan-bahan ini boleh dicetak dan dirakamkan dalam bentuk
audio dan video. Semasa menyediakannya guru perlu memastikan bahan-bahan ini
tidak terlalu panjang dan hendaklah disesuaikan dengan kebolehan murid.
Aktiviti mendengar ada 2 peringkat:
§ mendengar dan menyebut perkataan secara latih
tubi
ladang – padang, pantai – pandai, lali – lari, galah – kalah
§ latih tubi pemintal lidah
- Pandang pandan
depan padang
- Letak tulang atas
dulang
- Berat beras dua
belas kilo
- Dari darah dari
nanah yang punah di tanah
§ memadankan perkataan dengan gambar
Mendengar untuk memahami dan bertindak balas
Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman
murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat
beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah:
Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas
Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama
Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang
Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas
§ Menandakan betul atau salah
Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik
seperti gambar, gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai
pernyataan. Semasa guru membacakan pernyataan-pernyataan tersebut, murid
mendengar sambil menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi
pernyataan yang salah berdasarkan bahan grafik yang diberi.
§ Menyusun gambar
Murid diberi gambar yang tidak mengikut susunannya. Sambil
mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada
guru, mereka menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul.
§ Mendengar dan memilih gambar
Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid.
Mereka mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar
yang tepat mengikut penerangan yang didengar.
§ Melukis bahan berbentuk grafik
Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi
oleh guru. Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam
bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh:
Guru bercerita: “Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah
dan mendapat sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya
bernama Aini. Faisal berkahwin denganZaharah dan mendapat tiga orang cahaya mata
iaitu Sasha, Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak
saudara hasil perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan
Khairul.” Sambil mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta
jurai keturunan.
§ Menandakan lokasi dan arah perjalanan
Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti
cerita, penerangan atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah
perjalanan di atas peta mengiktu pernyataan yang didengar.
Contoh: Setiap murid diberi sebuah peta kawasan perumahan.
Guru menerangkan arah perjalanan seseorang ke tempat-tempat tertentu seperti
sekolah, kedi buku, kedai runcit dan rumah kawan. Sambil mendengar penerangan
guru, murid dikehendaki menandakan lokasi arah dan perjalanan di atas peta
berkenaan.
§ Mengisi jadual
Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap
untuk dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita,
dialog atau penerangan, murid mengisi jadual tersebut dengan data yang
diperlukan.
§ Teka siapa saya
Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan
murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru
menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh
guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga
murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan
berbentuk teka-teki.
Contoh: “Rupa saya bulat. Saya boleh melompat dan
berguling-guling. Manusia sanggup bersusah payah untuk menonton saya. Cuba teka
siapakah saya?”
Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama
Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan
kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada
bahan yang didengar. Contoh aktiviti:
§ Menjawab soalan kefahaman
Berdasarkan bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid
diminta menjawab soalan-soalan kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka
pilihan dan jenis terbuka. Contoh: murid diperdengarkan dengan ucapan guru
besar pada “Hari Guru”. Kemudian mereka diminta menjawab soalan-soalan
berdasarkan ucapan tersebut.
§ Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan
Murid mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan,
syair dan sajak. Sambil mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas
atau membuat ringkasan daripada bahan yang didengar.
Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang
Aktiviti mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi
satu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah
singkat. Walau bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya.
Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti
seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid
berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis,
atau kedua-duanya sekali.
Contoh aktiviti:
§ Mengkategorikan fakta
Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan
rangsangan seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan
rangsangan ini, murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan
ulasan.
§ Menilai perwatakan
§ Bahan rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini
seharusnya membolehkan murid menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman,
perbualan, dialog, lakonan, perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan
rangsangan ini, murid diminta menilai sikap dan pendirian penutur.
§ Mendengar untuk mencantum maklumat
Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan.
Mereka kemudian bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk
membolehkan murid melaksanakan tugasan.
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar
Dalam melaksanakan aktivit mendengar, guru perlu merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan
pengajaran. Perancangan ini boleh dibuat mengikut peringkat berikut:
·
Peringkat pramendengar
·
Peringkat semasa mendengar
·
Peringkat selepas mendengar
·
Peringkat pramendengar
Peringkat pramendengar
§ Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid
terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar.
§ Guru memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang
hendak diperdengarkan.
§ Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan
memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.
§ Guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk
mengikuti aktiviti.
Peringkat semasa mendengar
§ Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap bahan rangsangan
§ Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan yang
mungkin timbul semasa aktiviti mendengar dijalankan.
Aktiviti sesudah mendengar
§ Guru menghuraikan tentang perkara yang ditimbulkan
oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
§ Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting
dalam bahan itu.
§ Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan
membuat pengukuhan.
§ Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.
Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalinkan
dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain dalam satu waktu pengajaran
bahasa. Misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran
bertutur.
Aktiviti mendengar hendaklah dijalankan secara berterusan
sebagaimana kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan guru perlu meningkatkan
tahap kesukaran bahan secara beransur-ansur sesuai dengan kebolehan murid.
Daripada contoh aktiviti yang diberikan, berbagai-bagai
teknik boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti mendengar ini lebih menarik
dan mencabar seperti teknik bercerita, soal-jawab, perbincangan, lakonan, latih
tubi dan nyanyian.
Penilaian Dalam Kemahiran Mendengar
Bagi sesuatu tugasan aktiviti mendengar, murid perlu
mendapat maklum balas dengan segera agar ia dapat membetulkan kesilapan dan
mengukuhkan kemahiran yang sedang dikuasainya. Oleh itu, penilaian perlu
dijalankan sama ada secara formatif atau sumatif. Perlu diingat bahawa lazimnya
guru dapat menilai kemahiran mendengar seseorang murid melalui tindak balas
yang ditunjukkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Berikut diberikan beberapa contoh penilaian tentang beberapa
aspek kemahiran mendengar:
Sebutan, tekanan, jeda, intonasi
Murid mengenal pasti di manakah letaknya tekanan atau jeda
dalam sesuatu ayat supaya lebih memahami maknanya. Di samping itu, murid juga
haruslah dapat menyebut perkataan yang didengar dengan sebutan dan intonasi
yang baik.
Mendiskriminasikan bunyi dan perkataan
Murid mengenal pasti sesuatu yang didengar supaya dapat
membuat perbezaan bunyi huruf dan perkataan. Contoh: dedak – ledak, bagi –
baki, keras – kerat
Kefahaman terhadap teks yang didengar
Murid boleh diperdengarkan pelbagai bentuk teks seperti
cerita, ucapan, pengumuman, dialog, berita dan iklan. Guru boleh menguji
kefahaman yang terdiri daripada pelbagai aras kognitif.
Contoh soalan mengikut aras kognitif:
§ Siapakah yang melawat Pusat Pertanian Daerah? (pengetahuan)
§ Tuliskan tiga perkara yang diterangkan oleh pegawai
pertanian kepada pelawat-pelawat tersebut (kefahaman)
§ Pada pendapat kamu, mengapakah beberapa orang pegawai
pertanian dihantar berkursus di luar negeri? (sintesis)
Kemahiran Bertutur
Bertutur memerlukan dua proses:
Proses mental – pengetahuan bahasa
Proses fizikal – menggunakan organ-organ ujaran untuk
mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa
Terdapat pula dua unsur yang membantu menjadikan komunikasi
lebih berkesan, iaitu:
Unsur-unsur prosodi – intonasi, nada, tekanan, kepanjangan,
jeda
Unsur-unsur paralinguistik – penggunaan isyarat dan
pergerakan anggota badan, mimik muda
Objektif Kemahiran Bertutur
KBSR menekankan pengajaran bertutur bagi membolehkan murid
bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam pelbagai situasi perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, dengan
guru, dengan ibu bapa serta aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran
bertutur haruslah membolehkan murid dapat:
Menyebut dengan jelas
Menyampaikan pendapat
Melaporkan peristiwa, menghurai dengan tepat
Memberikan penerangan / alasan
Menunjukkan arah
Membina soalan untuk mendapatkan maklumat
Bertemu ramah/ temu bual/ berdialog
Bertukar-tukar fikiran / maklumat
Menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
Bertutur dengan menggunakan bahasa yang bertatasusila
Peringkat-peringkat dalam kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur)
Peringkat penerimaan mendengar dan memahami
Iaitu latihan kefahaman mendengar yang menitikberatkan
intonasi, frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran dan kefasihan berbahasa.
Pada peringkat ini murid diperdengarkan contoh-contoh ujaran yang betul sama
ada secara langsung daripada guru atau rakaman
Peringkat penghasilan semula bertindak balas
Peringkat ini murid dilatih bertutur dengan menumpukan
aspek-aspek:
Sebutan bunyi tunggal, seperti [m], [l], [r], [s]
Sebutan perkataan yang melibatkan vokal dan diftong seperti
ambor, pantai, pulau, saat, baik, air
Nada yang sesuai seperti bertanya, meminta kepastian,
permintaan
Aspek tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, struktur ayat
Penggunaan laras mengikut situasi, tujuan, pendengar
Aspek makna, ayat dan wacana yang tepat dan sesuai
Fungsi-fungsi pertuturan
Fungsi peribadi kemampuan murid menyampaikan buah fikiran,
perasaan atau hajat mereka dengan jelas dan tepat.
Fungsi perhubungan mengisi keperluan harian. Contoh:
·melahirkan rasa simpati terhadap orang lain.
·Berkongsi kegembiraan seseorang
·Menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain
·Meminta diri
·Meminta maaf dan memberi kemaafan
·Memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain
·Menyatakan penghargaan dan berterima kasih
·Menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain
·Menyatakan ketidaksetujuan
·Mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain sedang
bercakap
Fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan
ayat-ayat arahan / permintaan ketika mengarah, memohon, memberi cadangan,
meyakinkan orang lain
Fungsi menyoal bertujuan melatih murid supaya dapat membina
soalan dengan jelas, tepat dan ringkas.
Fungsi merujuk berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang
kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku. Dalam pelaksanaannya, murid-murid
lebih banyak dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat
seperti penggunaan kata, struktur ayat dan aspek morfologi.
Fungsi imaginasi bertujuan melatih murid dapat menggunakan
bahasa secara kreatif semasa bertutur. Contoh:
·mencipta dan melafazkan puisi dengan anda dan intonasi yang
betul
·menggunakan bahasa berirama
·bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama
·bercerita secara kreatif
Fungsi menyampaikan maklumat melatih murid menyampaikan
maklumat secara lisan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman,
pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.
Contoh-contoh aktiviti bertutur dalam KBSR
· Mengaitkan
aksi dengan pertuturan
· Menjawab
soalan-soalan rakan atau guru
· Membina
soalan berdasarkan bahan
· Memberi
arahan kepada rakan-rakan
· Menerangkan
gambar atau bahan grafik
· Berbual
melalui telefon
Perancangan aktiviti kemahiran bertutur
Peringkat persediaan
Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau
membuat tunjuk cara serta memberikan contoh.
Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
aktiviti. Contoh: kad kiu, bahan stensilan dan peralatan-peralatan lain yang
mungkin perlu.
Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid
memahami tugasan.
Peringkat pelaksanaan aktiviti
Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan
Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan
yang mengambil bahagian
Peringkat susulan dan penilaian
Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk mendapatkan
maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid.
Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum balas
tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru digalakkan
memberi kerja rumah uang berkaitan untuk aktiviti susulan.
Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk
kumpulan-kumpulan kecil supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil
bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Pengajaran kemahiran bertutur harus
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan
satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting bagi mengukuhkan
pembelajaran murid.
Penggunaan alat / bahan dalam kemahiran bertutur
Pemilihan alat / bahan adalah berdasarkan kesesuaianya
dengan objektif pelajaran dan keberkesanan penggunaan.
Guru, murid dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid
boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran, misalnhya:
Guru manaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan perbezaan
intonasi dalam pengucapan.
Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.
Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat frasa yang perlu
digunakan oleh murid apabila bertutur.
Objek sebenar
objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat
/ bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan murid:
Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi
berbagai-bagai kenderaan, mergastua, pergerakan air, dsb dengan menggunakan
pita rakaman.
Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang
berlaku. Contoh: pertuturan sekumpulan orang di stesen bas berbeza dengan
pertuturan di pasar. Contoh ini juga boleh diperdengarkan melalui pita rakaman
atau tayangan filem/video.
Bahan-bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju
pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan-bahan
yang diboleh digunakan secara kreatif sebagai bahan untuk bertutur.
Gambar
elok difailkan gambar-gambar yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bertutur. Gambar-gambar tunggal atau bersiri sesuai
digunakan sebagai bahan rangsangan untuk aktiviti bercerita, berlakon,
berpuisi, berdialog
Grafik
pelbagai grafik sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan
untuk bertutur seperti:
Carta pai – palang; lingkaran; carta organisasi
Jadual – jadual waktu; perjalanan; jadual tugas
Pelan / peta – arah perjalanan; kedudukan sesuatu tempat
Menulis rancangan mengajar kemahiran lisan
Kemahiran lisan merupakan asas kepada penguasaan
kemahiran berbahasa yang lain iaitu membaca dan menulis.
Maknanya, guru perlu menentukan matlamat /
objektif pengajarannya secara tepat meliputi
aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat
Peringkat persediaan (sebelum
melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru
sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu:
Guru menerangkan tugasan atau dengan
memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang
akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya.
Contoh aktiviti: guru dan beberapa
orang murid menunjukkan simulasi cara melintas jalan
Guru menyedia dan mengedarkan
bahan-bahan (kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan
digunakan dalam proses P & P.
Contoh aktiviti: Guru menunjukkan
beberapa keping gambar kesalahan melintas jalan raya.
Guru perlu memastikan semua alat dan
bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi,
boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau
melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa
melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua
perkara penting, iaitu:
Murid-murid melaksanakan tugasan
sebagaimana diarahkan
Guru menyelia dan memberi bimbingan
secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu
Peringkat susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling
penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada:
Objektif pengajarannya tercapai atau
tidak
Murid-murid boleh atau tidak
melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan
Apakah kekuatan atau kekurangan yang
terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan
Objektif, langkah-langkah sebelum,
semasa dan selepas aktiviti
Mendengar dan memahami pertuturan
yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar
sekolah
Bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya
serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah, 1983 :3)
Berdasarkan KSSR, objektif standard pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid-murid tahun 1 mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) adalah seperti berikut:
Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi
dalam persekitaran dengan teliti dan betul
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul
Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,diagraf dan
konsonan bergabung dengan betul dan tepat
Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal
dengan betul dan tepat
Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau
gerak laku berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul
Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan
ayat yang mengandungi kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan
kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila
Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula
perkara yang di dengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul
Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila
Langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti
bertutur
Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang
berbeza ( Radiah Nordin dan Maimunah Samat, 1992 : 48-49)
Pada peringkat persediaan, terdapat tiga perkara
yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu:
Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid
atau melakukan tunjuk cara serta memberi contoh.
Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk
menjalankan aktiviti (kad kiu, kertas edaran dan lain-lain)
Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid
memahami tugasan.
Pada peringkat pelaksanaan aktiviti, terdapat dua
perkara yang dilaksanakan iaitu :
Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan
Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau
pasangan yang menjalankan aktiviti
Peringkat susulan dan penilaian
Penilaian dijalankan secara berterusan (perbincangan -
memberi maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid)
Sebagai pengukuhan, guru memberi kerja rumah yang berkaitan
dengan aktiviti bertutur yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment