Saturday, February 15, 2014

Tajuk 8 : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Dan Luar Talian

Pengenalan
·                     Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
·                     Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline” di mana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan. Hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
·                     Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian
(i) Dapat mengakses bahan dengan cepat
(ii) Kepelbagaian bahan di internet
(iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan

Bahan yang boleh didapati dari internet sepanjang proses P&P atas talian

Simulasi pengajaran atas talian
Set Induksi
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Penutup
 

Simulasi Pengajaran Atas Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran
LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan


APLIKASI PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DI DALAM KELAS


Sedasarwasa ini, perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini.  Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional kepada model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar.  Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar dalam  bahasa Inggeris.  Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya  ditulis di dalam Bahasa Inggeris. 

Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan reformasi pendidikan tinggi.  Justeru, guru hari ini perlu menguasai konsep pengajaran berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran dan pembelajaran guru.  Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru-guru pada hari ini. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).

Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis menggunakan aplikasi perisian Microsoft Word sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). 

Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.  Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.   Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. 

Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara professional.  Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.  Sukatan pelajaran Bahasa Melayu perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004). 

Guru sentiasa mencari pendekatan baharu bagi mengajar mata pelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan, menelaah, menulis dan meransang pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kepercayaan kini perisian multimedia berbantukan komputer adalah cara mentransformkan pendidikan yang paling efisien dan berkesan.  Menurut Ismail (2002), perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya.  Sebagai contoh, seorang guru boleh menggunakan aplikasi Microsoft Excel dalam subjek matematik untuk memperolehi nilai tambah, tolak, bahagi dan darab melalui simbol ‘Autosum’.  Keadaan ini bukan sahaja dapat memberi satu pendekatan pengajaran yang baharu tetapi memberi satu nilai tambah kepada para pelajar terutamanya murid-murid di sekolah rendah bagi meminati subjek matematik yang dikatakan susah.

Proses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban tugas guru.  Oleh itu, pembelajaran berbantu  multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi membuat seterusnya menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti oleh pelajar. 
Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar.  Dengan secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan  pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah , 1987).  Secara tidak langsung, ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar

Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek.  Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima transformasi dan kemajuan dalam kerjaya profesion keguruan.

Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah haruslah dirancang dengan baik. Prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru.  Pada hari ini, masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, selffaced, dan self directed.

        Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru.  Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu.  Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan Minda insan kelas pertama sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020.  Sistem pendidkan dan kurikulum skeolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat ini.  Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total.

Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian. 


Tuesday, February 11, 2014

Tajuk 7 : Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Bengkel Model Pemprosesan Maklumat
Terdapat prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dalam pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang didapati dalam keadaan yang baik.

Prinsip pemprosesan maklumat
Empat proses yang terlibat dalam pemprosesan maklumat


Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:
(i)  Ingatan jangka pendek
(ii)  Ingatan jangka panjang

Proses Ingatan jangka pendek

 

Proses Ingatan jangka panjang

Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran
Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.

Contoh-contoh tapak pembelajaran

Contoh langkah atau cara penggunaan tapak pembelajaran :
Langkah 1 :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P .

Langkah 2 :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :

Langkah 3 :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.
Langkah keempat:
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:
Langkah kelima:
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah:



Friday, February 7, 2014

PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Disediakan oleh : Mazni binti Mohamed

Artikel ini merupakan hasil penulisan Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian dijalankan bagi mengetahui tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kalangan guru Matematik. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap pengintegrasian ICT dalam kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer dalam kalangan guru Matematik.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran ianya digunakan sebagai alat persembahan dan demonstrasi manakala dari aspek pembelajaran ianya digunakan sebagai tutorial, latih tubi, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Kementerian Pelajaran telah membekalkan pelbagai kemudahan kepada guru-guru bagi tujuan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun daripada kajian yang telah dijalankan, didapati penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik masih berada pada tahap yang rendah. Antara halangan yang telah dikenalpasti ialah guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Selain itu kursus-kursus ICT dalam kalangan guru-guru Matematik adalah amat terhad sedangkan pelbagai kaedah komputer dapat digunakan dalam mata pelajaran ini.
Metodologi kajian yang digunakan ialah gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif di mana pengkaji menggunakan soal selidik dan temu bual berstruktur. Bilangan sampel yang dipilih secara persampelan rawak ialah 30 orang bagi menjawab soal selidik , 3 orang daripada 30 orang tersebut dan 15 orang penyelaras makmal komputer dipilih untuk temu bual berstruktur. Responden dipilih daripada beberapa buah sekolah di daerah Kota Tinggi, Johor.
Daripada kajian yang dijalankan, didapati guru-guru jarang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan masih cenderung menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Antara halangan yang dihadapi oleh guru ialah bilangan komputer yang tidak mencukupi, gangguan talian internet, masa pengajaran yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal, kurang kemahiran ICT.
 Hasil dapatan ini sebahagiannya menyamai dapatan kajian yang dijalankan oleh Jones (2004). Penulis mendapati bahawa tujuh halangan yang wujud semasa pengintegrasian ICT dalam pengajaran ialah guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian (21.2% responden), kurang capaian terhadap sumber (20.8%), kekurangan masa untuk membuat pengintegrasian (16.4%), kurang latihan yang efektif (15.0%), menghadapi masalah teknikal semasa perisian digunakan (13.3%), kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran (4.9%) dan usia guru (1.8%).
Kesimpulannya, penggunaan ICT yang rendah dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah disebabkan faktor dalaman guru-guru tetapi disebabkan faktor luaran seperti kemudahan yang tidak sempurna, kekurangan latihan serta perkhidmatan dan bantuan teknikal yang kurang memuaskan.

(Dipetik daripada : Journal of Science and Mathematics Educational, volume 2 Jun 2011, Pages 1-17/ISSN:2231-7368)

*Saya mengambil artikel ini kerana saya berasa kandungan yang ditulis oleh penulis amat tepat kepada apa yang sedang berlaku pada dunia pendidikan sekarang.


Wednesday, February 5, 2014

Tajuk 6 : Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pengenalan
Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.

Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:

(i) Struktur hierarki

Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:

(ii) Struktur komposit
·                     Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
·       Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
Kesan kepada murid
·                     Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
Kepentingan akses struktur perpautan
·              Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan

(iii) Struktur linear
·         Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
·         Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.


(iv) Struktur Rangkaian

Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki: