TAJUK 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan
hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan
internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan
bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan
daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu
mengajar untuk kita gunakan dalam proses PdP terutamanya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering
dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
·
Bahan sastera
·
Bahan tatabahasa
·
Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan
bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran
secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang
telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu
dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu
benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi
mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada
proses pengajaran dan pembelajaran.
Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan
yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre
Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan
sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi
beberapa jenis seperti:
·
Syair
·
Pantun
·
Seloka
·
Gurindam
·
Puisi
·
Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur
kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan
adalah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
Pemilihan bahan sastera perlu mengambil kira juga aspek-aspek lain
seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara
aspek-aspek tersebut ialah:
Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap
pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri
daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri
daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan
bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku
kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid
akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus
melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa
dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis
tatabahasa.
Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web http://tatabahasabm.tripod.com/tata. Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan
jenis-jenisnya.
Jenis-jenis tatabahasa
·
Kata nama
·
Kata Hubung
·
Kata kerja
·
Kata sendi nama
·
Kata nama khas
Bahan bidang ilmu lain
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains,
ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan
melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain
adalah seperti:
No comments:
Post a Comment