Tajuk 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan
Bahasa Melayu
MENGGUNAKAN WEB, VIDEO, AUDIO DAN
IMEJ
· Terdapat
beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
dll.
·
Yahoo
dan Google merupakan enjin pencari yang selalu digunakan. Kesemua pembekal
maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang
berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
· Untuk
melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan
alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka
pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
·
Contoh
alamat pembekal maklumat internet:
ii.
www.yahoo.co.uk
iii.
www.yahoo.com.my
iv.
www.google.com
· Untuk
mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan
kemudian klik pada Web search.
·
Untuk
mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam
kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
·
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam
kotak pencari.
·
Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda
perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.
Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
·
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda
harus :
1.
Taipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam
kotak pencari.
2. Setelah
menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan
diberikan pilihan seperti yang berikut.
3. Anda
akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” +
“masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
4. Anda
boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
5. Setelah
anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang
berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu
pengajaran.
6. Pastikan
anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan
anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan
melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
7. Sila
gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda
perlukan.
MENYIMPAN BAHAN DALAM
BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG
INTERNET
· Untuk
menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan
halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
· Apabila
telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat
tapak.
·
Setelah
diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
· Buka
fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila
ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
· Setelah
itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda
mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa
contoh alamat internet yang telah diberikan.
i.
Penglihatan
Dan Keselamatan Jalan Raya –
ii.
Pantun
Melayu –
·
Untuk
mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan
pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.
·
Masukkkan
tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Tajuk
|
URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/
|
||
URL
|
|||
Sinopsis
|
|
· Katalog
alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog
alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
·
Dengan
menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman
berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
·
Sila
sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
|
|
URL
|
|
Sinopsis
|
No comments:
Post a Comment