MINGGU 11 : Membina Bahan
Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Pengenalan
Pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang
menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan
ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara
tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat
murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Menentukan
peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
Sebelum membina
bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat
beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan
dengan
(i) Penentuan
peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran
bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
·
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan
peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video
tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video
dan audio.
·
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan
kepada tiga peringkat iaitu:
·
Sekiranya
penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru
dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.
(ii) Kemahiran
Berbahasa
·
Seperti
yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya
iaitu kemahiran mendengar & bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan
video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambil kira kemahiran
berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya
PdP pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya
kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu
mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.
Menentukan
prinsip pembinaan bahan video dan audio
Pendedahan
kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan
multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu
teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain itu, interaktiviti juga
diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip
pembinaan bahan video dan audio:
Penggunaan elemen teks
Dalam
menghasilkan bahan audio dan video, teks merupakan elemen utama dalam proses penyampaian
maklumat. Sekiranya teks kurang jelas, elemen-elemen media lain akan gagal
menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam
menyampaikan PdP.
·
Pastikan
teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
·
Gunakan
typeface dan fon yang bersesuaian.
·
Pastikan
teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai.
·
Pemilihan
jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan
suasana persembahan.
·
Pastikan
fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau
paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto,
ilustrasi dan sebagainya.
·
Grafik merupakan elemen multimedia yang
penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
·
Sebagai contoh, sekiranya maklumat padat
telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu
maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh
memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi
yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi
dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan
lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Penggunaan audio dalam membina bahan PdP bahasa
Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya
lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk
pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan
motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap
apa yang ingin dipersembahkan
Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen
multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen
multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses
penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna
dengan lebih nyata.
Panduan
menggunakan elemen animasi
·
Animasi merujuk kepada suatu proses
menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak
kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan
yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran
Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan
berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, di samping
mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian
penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
·
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep
yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat
hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih
mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam
proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi
menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di
mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan,
membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan
Audio
Terdapat pelbagai perisian yang
boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:
(i) Membina bahan video
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Membina bahan audio
Audio
dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan audio ini hanya memerlukan
rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut
disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan
dilakukan nanti.